My father told me to do this so pls bear with me.
"Pada hari ini, sepatutnya saya ke Macritchie untuk aktiviti sekolah, tetapi saya dajak ke Kota Tinggi oleh ayah saya. pada mulanya, saya tidak begitu gembira kerana air terjun di tempat itu sangat sejuk. Tetapi akhirnya saya pergi juga kerana saya tidak begitu gemar dengan aktiviti sekolah saya. Saya gemar melihat ikan yang berenang di sana, lagipun kami akan membawa makanan ikan untuk mereka.
Kami selalu menjadi bosan di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke destinasi, oleh itu kami akan bermain permainan dan menonton wayang.
Apabila kami sampai ke Kota Tinggi, kami pergi ke kedai makanan untuk bersarapan . Pada masa itu, Ibu menanya Abang jika dia telah membawa seluar dalamnya untuk disalin nanti. Apabila kami mendapati bahawa dia tidka membawanya, Abang tidak mahu menyalin ke baju renangnya. Selepas itu, kami mendaki ke tempat yang lebih tinggi, di mana banyak ikan boleh dijumpai. Seronok kami memberi makanan kepada mereka, tetapi makanan ikan itu selalu terapung ke permukaan air,oleh itu kami menggenggam makanan ikan di dalam tangan, lalu melepaskan nya ke dalam air sedikit demi sedikit
Akhirnya , kerana kami sejuk, kami turun ke tempat yang lebih rendah. Ia lebih dekat dengan kedai makanan tadi dan papan gelongsor. Pada bulan June yang lepas, sewaktu kami ke sini untuk kali pertama, Halimah hendak mencuba papan gelongsor itu tetapi kami sudah hendak pulang. Hari ini kami telah menyewa dua pelampung dan mencuba gelongsor. Ia sangat seronok! Ia sungguh seronok sehingga kami tidak mahu pulang."
Fuh! Finish typing! :P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sangat Bagus !
Esok, Ahad 7 Dis, kamu dikehendaki menulis laporan mengenai lawatan kamu ke Pusat Sains Singapura.
Mesej ini akan musnah dalam masa 20 saat.
teruskan perjuangan!
Post a Comment