Yay im 13 at last!!!

"Hari ini kami membawa Nenek ke taman Hort. Apabila kami tiba di sana, kami memberi makanan kepada ikan. Mereka telah membesar sejak lawatan kami yang lepas. Ikan-ikan itu amat comel! Mereka akan berenang ke sana sini, mengikut orang yang datang melihat mereka. Jika mereka nampak makanan yang telah kami taburkan, mereka akan merebut ke arah itu. Selepas memberi banyak makanan di sini, kami pergi ke kolam ikan-ikan yang lebih besar pula. Kami lebih berpeluang untuk menyentuh mereka kerana kami boleh nampak mulut-mulut mereka yang besar itu di permukaan air. Apabila kami puas melihat ikan, kami ke taman pula. Di taman itu terdapat banyak tumbuh-tumbuhan seperti tumbuhan pudina. Akhirnya kami ke jambatan Henderson dan memakan biskut yang telah kami bawa."
0 comments:
Post a Comment