Sonic's 18th Anniversary

Tuesday, December 9, 2008

Lawatan ke pusat sains singapura

I nd to do corrections, pls go to deviantart for my other comic pages.

"Pada hari ini, kami ke Pusat Sains Singapura, kerana ia sedang mengadakan pameran silap mata. Kami sudah ke sana banyak kali kerana pada tahun-tahun lepas kami mempunyai keahlian untuk masa yang lama dengan harga yang lebih murah. Ia sangat seronok setiap kali kami ke sana. Apabila kami ke pameran silap mata, kami ternampak sebuah alat monitor yang menunjukkan dua ahli silap mata yang sedang melakukan silap mata. Hanya kepala seorang ahli silap mata yang dapat dilihat manakala badannya tidak dapat kelihatan. Di sebelah monitor itu, terdapat mesin yang menunjukkan bagaimana mereka telah membuat silap mata itu. Jika kami ke belakang 'mesin' itu, kami boleh nampak sebuah lubang. Apabila kami memasuk ke dalamnya, hanya kepala kami akan dilihat. Ada terdapat juga versi kecil bagi mesin itu, mempunyai cermin mengelilinginya. Itulah bagaimana mereka menyembuyikan badan dan menunjukkan kepala sahaja!Ada juga pameran di mana ada "seorang" ahli silap mata yang dikawal oleh komputer. Ada dua butang yang berkata "ya" dan "tidak" dan juga pelbagai bentuk-bentuk di atas meja. Ahli silap mata itu akan "membaca fikiran kami" walaupun dia tidak betul-betul berada di sana. Pada akhir silap mata itu, dia dapat mengetahui apakah bentuk yang seorang telah fikirkan! Ia memang menakjubkan tetapi saya rasa kawan baik saya mampu mengajar saya tentang bagaimana ia dibuat. Ada juga pameran kecil yang lain, misalnya pameran yang ada enam belas objek yang berlainan dan empat soalan untuk menjawab dengan "ya" atau "tidak" dan tekaan mesin itu selalu betul.Pada pukul dua belas ada pertunjukkan silap mata oleh Pak Cik J.K. yang agak tua tetapi masih kelakar dan penuh dengan aksi silap mata. Ada seutas tali yang dia mampu mendatarkan dengan hanya satu tangan sahaja dan apabila dia memetik jari, ia menjadi lembik kembali. Ada juga silap mata yang menggunakan sebuah kad di mana terdapat nombor tiga setengah. Ada juga silap mata lain tetapi aku akan menyerahkan mereka kepada imaginasi kamu."

Is this ok? ^^;

0 comments: